“Setelah lama kau berada di sisiku, aku masih tidak menerima mu. Mengapa ?” aku berbisik di dalam hatiku sambil melihat mesej di telefon bimbit aku.
Tahun yang lalu, aku dapat berkenalan dengannya. Kita mula berbual di internet dan dari sana, kami bersembang di telefon. Hari demi hari, dia dapat tahu lebih tentang diri aku. Aku juga begitu. Dia seorang yang baik hati, peramah dan sentiasa berada di sisiku. Apabila aku berasa pilu, dial ah yang membuatku senyum dengan gurauannya dan kata-kata manis yang romantis. Apabila aku rasa diriku tidak disayangi, dial ah yang memberiku harapan. Dia berkata dia mula mencintaiku dengan sepenuh hati walaupun tidak pernah bersemuka.
Dia mengubah lagu tentang perkenalan kita pertama kali. Serangkap ayat dari lagu itu:
Sewaktu mengenali mu
Pintu hati ku terbuka untukmu
Walaupun kita tak bertemu
Ku tetap menyayangi mu
Sementara kini aku
menunggu kan dirimu .. itu
walaupun ia mengambil tahun
ku tetap menanti mu … disini
Dia seorang yang sangat penyabar. Sudah pun satu tahun lebih kita berkenalan dan hinggalah sekarang, dia masih menunggukan aku. Aku rasa serba salah. Dari dahulu aku menolak cintanya dan hancurkan hatinya. Aku tidak tahu mengapa aku tidak menerimanya sebagai ‘teman istimewa’ ku .
dia sudah mengubah banyak lagu khas untuk diriku. Tiada sesiapa sejujur dan seikhlas sepertinya. Salah satu lagu yang diubah olehnya ialah ‘ Harapan Tinggal Kenangan ‘ :
sekian lama mengenang mu juwita
perasaan kian membara
adakah benar perasaan cinta
yang sering melanda
gurau senda mu selalu menghibur diri ini
senyuman mu penawar hati
indahnya rasa sewaktu denganmu
tpi sayangnya , kau sudah berpunya
(1)
terpadam sudah api cinta
cinta yang hangat dan& membara
ku doa agar kau bahagia
di samping insan yang amat kau cinta
(2)
berat bagi diri ini
untuk melupakan dirimu kasih
namun apa daya
dirimu tak ku miliki
(3)
hancur musnah segalanya
harapan dan& impian yang dibina
ku harap engkau akan setia , bersama insan ..
yang kau cinta
(1)
(2)
(3)
Lagu itu ditulis sewaktu aku bersama insan yang lain. Aku tidak memberitahu si dia tentang teman lelaki aku kerana tidak mahu dia berasa kecewa. Aku tidak sampai hati melihatnya merana seorang diri. Akhirnya, aku memberanikan diri untuk memberitahunya.
16 Januari 2009, hubungan kita terputus seketika. Jauh fikiranku untuk melepaskannya.
Walaupun aku dilanda kesedihan, aku tetap gembira kerana teman lelaki itu selalu mendampingiku apabila aku berasa sedih. Aku sayang dia dengan sepenuh hatiku, aku tidak mahu perhubungan kita terputus. Dialah segala-gala bagi ku. Dia memahami diriku ini dan aku berbual dengannya tentang apa-apa saja. Aku rasa selesa apabila berada di sisinya.
Tidak aku sangka aku akan membuat keputusan sebegitu. Diriku terasa kesal atas kesilapan aku itu tetapi aku tahu keputusan itu betul. Maafkan i . Kenangan-kenangan aku dan dia tidak akan ku lupakan.
Aku tidak sedar aku sudah menghubunginya kembali. Aku tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan di sudut hatiku ini.
Hingga kini, aku dan si dia hanya teman biasa. Aku juga rasa gembira, dia dan bekas teman lelaki ku masih menghubungi aku.
Faizal ,
maafkanlah aku kerana tidak menerima cintamu yang suci dan tulus.
aku berharap engkau akan selalu bersamaku walaupun bukan sebagai teman istimewa tetapi sebagai teman sejati ku.
copyrighted