♥ Your love is all i ever wanted.
Wednesday, April 29, 2009
EDITED - AYYSYAH
EDITTED !

"Selama ini , aku tidak pernah merasakan kasih sayang . Hinggalah pada suatu hari yang bersejarah aku mengenalinya . Semenjak hari itu , hidupku mula berubah ... " aku berbisik di dalam hatiku sambil merenung wajahnya .

Aku mengenali si dia tiga tahun yang lalu . Kita berkenalan di internet dan dari sana , kita bersembang di telefon . Hari demi hari , dia dapat tahu lebih tentang diriku dan aku juga begitu . Dia seorang yang penyabar , baik hati dan selalu memahami diriku . Aku boleh berbual dengannya tentang apa sahaja . Jika aku berasa pilu , dialah yang membuatku senyum dengan pujukan dan& kata-kata manis yang romantis . Jika aku ada masalah , dialah yang menasihat dan menolong aku .

Ingatanku terimbas kembali menjangkau kisah lama . Aku empat belas tahun dan bersekolah di sekolah menengah Tampines . Aku selalu membuat masalah di sekolah . Aku mula memonteng sekolah . Lama-kelamaan , aku merokok dan minum minuman keras . Selepas masa sekolah habis , aku akan membuang masa dengan kawan-kawan jahanam aku . Aku juga akan pulang lewat , tidak menghiraukan betapa risau ibu bapa aku . Apabila aku dimarahi mereka , aku akan melawan kata-kata mereka . Ibu bapaku sering dipanggil oleh guru . Mereka harus berhenti bekerja seketika dan pergi ke sekolah aku .

Perangai aku tidak berubah hinggalah aku berkenalan dengan si dia . Aku tidak pernah merasakan kasih sayang sebegitu , kerana aku merasakan bahawa ibu bapaku tidak pedulikan aku . Mereka sering di pejabat . Sebab itulah , perangai aku teruk apabila di menengah dua dan tiga .

Setelah lama aku berkenalan dengannya , perangai aku semakin berubah . Ibu bapa aku terkejut apabila guru menelefon mereka dan memberitahu bahawa aku hadir di sekolah dan menghabiskan tugas yang diberikan . Beberapa bulan mengetahui si dia , aku memberitahu ibu bapa aku tentangnya .

Dia berkata dia mencintaiku walaupun tidak pernah bersemuka . Dia juga mengubah lagu tentang diriku . Pada suatu masa itu , aku bersama insan yang lain . Aku tidak memberitahu si dia tentang teman lelaki aku kerana tidak rela melihatnya merana seorang diri . Seminggu berlepas dan aku memberanikan dirik untuk memberitahunya . Sejak hari itu , aku berhenti menghubunginya . Aku sayang teman lelaki aku dengan sepenuh hati . Aku selalu rasa selesa apabila di sisinya kerana dia memahami diri aku dan kita boleh berbual tentang apa saja . Tiba-tiba , perhubungan kita terputus . Hatiku remuk bak kaca berderai seribu .

Tidak lama selepas itu , aku dan si dia mula menghubungi kembali . Aku memberitahu dia tentang bekas teman lelaki aku itu dan& meminta maaf kerana meninggalkannya seorang diri . Tidak aku sangka , dia masih menunggukan aku walaupun aku bersama insan yang lain dan setahun sudah berlalu . Cintanya tulus dan& suci .

Kini , dialah teman istimewa aku . Aku rasa gembira dan bersyukur atas kehadirannya dalam hidupku . " Faizal , kau selalu berada di sisiku dan aku berterima kasih , " linangan air mata mengalir lalu membasahi pipi aku .

copyrighted

Sunday, April 26, 2009
harapan tinggal kenangan


Harapan tinggal kena.mp3 -

LAGU YANG DITULIS FAIZAL .


Saturday, April 25, 2009
new boys - meraung

Friday, April 24, 2009





Wednesday, April 22, 2009
AYYSYAH
“Setelah lama kau berada di sisiku, aku masih tidak menerima mu. Mengapa ?” aku berbisik di dalam hatiku sambil melihat mesej di telefon bimbit aku.

Tahun yang lalu, aku dapat berkenalan dengannya. Kita mula berbual di internet dan dari sana, kami bersembang di telefon. Hari demi hari, dia dapat tahu lebih tentang diri aku. Aku juga begitu. Dia seorang yang baik hati, peramah dan sentiasa berada di sisiku. Apabila aku berasa pilu, dial ah yang membuatku senyum dengan gurauannya dan kata-kata manis yang romantis. Apabila aku rasa diriku tidak disayangi, dial ah yang memberiku harapan. Dia berkata dia mula mencintaiku dengan sepenuh hati walaupun tidak pernah bersemuka.

Dia mengubah lagu tentang perkenalan kita pertama kali. Serangkap ayat dari lagu itu:

Sewaktu mengenali mu
Pintu hati ku terbuka untukmu
Walaupun kita tak bertemu
Ku tetap menyayangi mu

Sementara kini aku
menunggu kan dirimu .. itu
walaupun ia mengambil tahun
ku tetap menanti mu … disini

Dia seorang yang sangat penyabar. Sudah pun satu tahun lebih kita berkenalan dan hinggalah sekarang, dia masih menunggukan aku. Aku rasa serba salah. Dari dahulu aku menolak cintanya dan hancurkan hatinya. Aku tidak tahu mengapa aku tidak menerimanya sebagai ‘teman istimewa’ ku .

dia sudah mengubah banyak lagu khas untuk diriku. Tiada sesiapa sejujur dan seikhlas sepertinya. Salah satu lagu yang diubah olehnya ialah ‘ Harapan Tinggal Kenangan ‘ :
sekian lama mengenang mu juwita
perasaan kian membara
adakah benar perasaan cinta
yang sering melanda
gurau senda mu selalu menghibur diri ini
senyuman mu penawar hati
indahnya rasa sewaktu denganmu
tpi sayangnya , kau sudah berpunya
(1)
terpadam sudah api cinta
cinta yang hangat dan& membara
ku doa agar kau bahagia
di samping insan yang amat kau cinta
(2)
berat bagi diri ini
untuk melupakan dirimu kasih
namun apa daya
dirimu tak ku miliki
(3)
hancur musnah segalanya
harapan dan& impian yang dibina
ku harap engkau akan setia , bersama insan ..
yang kau cinta
(1)
(2)
(3)

Lagu itu ditulis sewaktu aku bersama insan yang lain. Aku tidak memberitahu si dia tentang teman lelaki aku kerana tidak mahu dia berasa kecewa. Aku tidak sampai hati melihatnya merana seorang diri. Akhirnya, aku memberanikan diri untuk memberitahunya.

16 Januari 2009, hubungan kita terputus seketika. Jauh fikiranku untuk melepaskannya.

Walaupun aku dilanda kesedihan, aku tetap gembira kerana teman lelaki itu selalu mendampingiku apabila aku berasa sedih. Aku sayang dia dengan sepenuh hatiku, aku tidak mahu perhubungan kita terputus. Dialah segala-gala bagi ku. Dia memahami diriku ini dan aku berbual dengannya tentang apa-apa saja. Aku rasa selesa apabila berada di sisinya.

Tidak aku sangka aku akan membuat keputusan sebegitu. Diriku terasa kesal atas kesilapan aku itu tetapi aku tahu keputusan itu betul. Maafkan i . Kenangan-kenangan aku dan dia tidak akan ku lupakan.

Aku tidak sedar aku sudah menghubunginya kembali. Aku tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan di sudut hatiku ini.

Hingga kini, aku dan si dia hanya teman biasa. Aku juga rasa gembira, dia dan bekas teman lelaki ku masih menghubungi aku.


Faizal ,
maafkanlah aku kerana tidak menerima cintamu yang suci dan tulus.
aku berharap engkau akan selalu bersamaku walaupun bukan sebagai teman istimewa tetapi sebagai teman sejati ku.
copyrighted


hachilah - PILU
Pilu

Umurku kini menjelang lapan belas tahun , hari yang ku nanti untuk keluar dari situ. Baju yang digosok dengan rapi tersidai dijendela itu. Tidak sabar untuk ku melihat dan mencari saudara ku . Walaupun tidak pasti mereka berada dimana . Hidupku sepi tanpa ada orang disisi hanya sekeping warkah yang sering menjadi pedamping diriku . Terimbas pula semasaaku dipaksa untuk ditumpangkan ditempat itu.
Pada masa itu aku berumur empat belas tahun . Hidup senang tanpa masalah .Tiada siapa yang berani melawan printahku termasuk ibubapaku .Aku dimandikan dengan kasih saynag yang tiada belah bagi . Ibuku kerja sebagai guru sekolah menengah dan bapaku seorang ustaz di madrasah .Aku dididik dan diajar tentang kehidupan . Akan tetapi aku tidak hiraukan kerana bagiku hidup sekali , semua mesti cuba . Ini termasuklah dadah,arak,mencuri dan sebagainya . Kata – kata ibubapaku sungguh ku tak endahkan .
Selalunya hujung minggu aku akan ke tempat yang sunyi yang tiada orang yang lalu. Di situ aku dan kawan – kawan jahanam ku akan melepak dan mengongsi dadah , arak, rokok ,tubuh dan sebagainya. Sampailah suatu hari , aku mendapati diriku ini hamil,anak siapa aku tak tau. Hidupku kini menjadi huru – hara , ibubapaku memulauku kerana tidak mahu menanggung malu. Aku bagaikan orang buta kehilangan tongkat.
Fikiran ku kusut , air mata yang menyerupai kaca mengalir di raut wajahku. Aku tidak tahu kemana hendakku pergi . Anak siapa yang akan ku lahirkan juga tidak diketahui. Aku cuba menanyakan kepada temanku , tetapi tiada siapa yang mahu mengaku.Maklumlah , siapa yang mahu mengaku jika buat salah.Aku meminta pertolongan dari pertapis , lalu aku ditumpangkan disitu.
Walaupun ibubapaku diberitahu tetapi mereka masih tidak mahu melawatku langsung. “Adakah mereka membuangku ” tanya hati kecilku. Aku sedar kesalahan yang aku buat itu besar dan tidak dapat dimaafkan.Tiba-tiba ada surat yang diantar ke katilku . Aku membaca lalu linangan airmata merembas keluar. Hatiku bagai dicincang dan tidak dapat menyambungnya kembali.
Surat kematian juga sekeping sisipan gambar kedua orang tua ku itu telah merubah segalanya . Hidupku kini tiada tujuan , adakalanya aku rasa ingin terbang di awangan dan lupakan segala masalah yang aku hadapi. Siang dan malam aku menangis walaupun aku tahu , airmata darah sekalipun tidak akan merubah nasibku. Aku tidak ada teman untuk mendegar rintihan seorang anak durhaka .
Cukup sembilan bulan aku mengandung dan kini bayi itu dilahirkan . Aku namakannya Sharifah , sama seperti nama ibuku. Hari jadi sharifah sudah tiba, kebetulan ia juga hari kematian ibubapaku. Aku menyambut hari jadi sharifah dan tahlil arwah untuk kedua orang tuaku bersama. Aku masih tidak pasti punca kematian orang tuaku. Aku kini menjadi seorang ibu tunggal yang dahulu kalanya hidup merempat di tengah jalan. Walaupun begitu aku redha dengan apa yang terjadi , aku berharap yang maha kuasa dapat mengampuni dosaku . Tiap malam aku berdoa agar ibubapaku ditempatkan di syurga juga dosaku diampunkan. Amin.
copyrighted


hachilah's - HATI SEORANG WANITA
Hati Seorang Wanita

Tiga tahun aku berkenalan dengan si dia yang aku cintai tetapi hatiku terluka apabila aku mendapati bahawa dirinya sudah berpunya. Segalanya berubah, hidupku kini tak seperti dulu. Aku menjadi wanita liar yang suka mempermainkan perasaan setiap lelaki yang ku kenali . Bagiku lelaki semuanya sama ,tidak ada yang setia . Aku berkenalan dengan dua belas lelaki malang dalam masa tiga bulan. Aku membuat mereka sebagai mainan seharianku.
Hinggalah suatu hari, aku berkenalan dengan seorang jejaka kacak dan segak. Aku disuruh memanggilnya abang suhaimi , dia melayaniku bagaikan puteri raja yang tidak boleh disentuh. Aku menghabiskan masa lapangku bersamanya. Tiap - tiap hari, tidak kira siang atau malam dia akan membanjiri telefon bimbitku dengan mesej yang romantis . Dia memanggilku sayang , dengan tiada rasa segan aku membalasnya kembali.
Hari demi hari aku semakin rapat dan yakin dengan cintanya terhadapku, akan tetapi malang tidak berbau. Cintaku dipermainkan buat kali kedua. Aku menerima mesej darinya tetapi ia bukan mesej yang ku nanti malahan ia adalah mesej yang tidak pernah terlintas difikiranku. Mesej itu membuatku rasa hampa dan kesal pada diriku ini. “Apa salahku sehingga setiap lelaki yang ku cintai memainkan perasaanku?, layakkah aku dicintai?” , bisik hati kecilku sambil cecair yang menyerupai kaca mengalir dipipi gebuku.
Aku berjumpa kawan karibku , Azay. Aku meminta nasihat darinya lalu dia berkata”kau tak boleh berputus asa kerana gagal dalam percintaan, kau mesti tabah menghadapinya. Bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor.” Aku terus melupakan tentang cinta sejenak. Aku mendapati bahawa aku lagi bahagia tanpa cinta seorang lelaki .Setelah lama tidak menghubungi sebarang lelaki , tiba – tiba aku menerima satu panggilan dari nombor yang pernah ku lihat. Aku cuba menghubunginya kembali tetapi gagal.
Aku berniat untuk terus mencuba menghubunginya .Hari kini menjelang malam ,aku tetap memikirkan tentang panggilan siang tadi.”Siapakah pemilik nombor ini?”bisik hati kecilku . Ayam sudah pun berkokok ,cahaya matahari telah pun mengeringkan embun pagi. Panggilan yang aku ikhtiarkan dari semalam kini berbaloi , panggilan itu diangkat oleh seorang jejaka .Aku terperanjat , suaranya seiras seperti suara si dia. Jejaka itu terus bertanyakan namaku .Aku membalasnya kembali lalu mengajukan soalan mengapa dia menelefon ku semalam dan siapakah dia?
Dia mengucapkan sayang padaku dengan tiba-tiba. Terkejut beruk aku dibuatnya.Aku terus menanyakan soalan, mengapa dia menghubungiku kembali.Dia menceritakan tentang wanita yang telah merampas kebahagianku bersama nya . Namun hatiku masih kurang senang . “Dia fikir aku apa?Wanita tiada maruah?”jerit hatiku. Sudah ku ludah tidak ingin ku menjilatinya kembali,walaupun hatiku rasa sayang pada si dia.
Walau bagaimana rasa sayang masih terpaut dihatiku ini, “Aku tidak mahu pisang berbuah buat kali kedua ” ujarku padanya . Hatikku puas kerana akhirnya dia dapat rasakan apa yang aku telah aku rasakan , bertapa peritnya hati ini. Kini aku telah melupakan segala rasa geram padanya. Hari demi hari , hatiku mula diubati . Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan si dia setelah lama berkenalan tanpa berjumpa. Pertemuan pertama kami di MRT , rasa gembira dan seram bercampur aduk. Kini tiba masanya , jantungku berhenti berdegup sejenak. Aku tidak dapat bernafas, adakah kerana aku takut menghadapinya?
Kami berbual ,walaupun tidak lancar aku dapat rasakan cinta yang kian membara.Kami bercadang untuk makan tetapi ia dibatalkan. Sampai ditempat tujuan ku , kita berpisah . Walaupun sekejap, aku dapat rasakan cinta yang membara diantara kami . Aku tidak dapat melupakan perjumpaan kami . Adakah ini namanya cinta sejati? Adakah aku dilamun cinta? Aku gembira dia dapat menerimaku apa adanya . “Ya Allah, aku bersyukur padamu kerana mengembalikan cinta yang telah lama luput kepada ku” sambil menitiskan airmata kegembiraan.
Aku sedar manusia tidak akan lari dari kesilapan tetapi kita harus membetulan ia kembali , sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan . Kini aku dapat rasakan cinta kami yang semakin kukuh . Aku insaf atas perbuatan ku yang terkutuk , mempermainkan perasaan lelaki malang. Kehidupan ini harus dijalani dengan rasa tabah jika tidak kita akan kecundang pada akhirnya.Sekarang aku hanya memikrkan bila agaknya perjumpaan kami untuk kali kedua sambil tersengeh – sengeh keseorangan diri.

Perkataan:660

copyrighted



hachilah's - KESAYANGAN
nie cite ditulis oleh Hachilah ! (:
Kesayanganku

Darahku berderau – derau dibuyung dadaku , menunggu saat keputusan diumumkan . Airmata menitis dikelopak mataku . Entah Mengapa ia terjadi aku sendiri tidak tahu. Semua orang disekelilingku tidakku hiraukan .Aku termenung buat sejenak , aku terjumpa diari . Milik siapa aku tidak ahu . Aku terus membuka dan membaca , aku terpandang lalu menatap gambar yang aku jumpa . Terimbas pula kembali pada zaman silamku.
Aku mempunyai seorang kakak kembar , jarak kami dilahirkan hanya sembilan minit.Kata ibu kakak diletakkan di wad kecemasan kerana mengalami komplikasi akibat dihempap olehku didalam kandungannya . Ibu juga menceritakan tentang kecuaian bapaku apabila menjagaku, dia menjemurku di bawah sinaran matahari . Tergelak ku dibuatnya. Ibu juga berkata bahawa aku dan kakak bagai kan irama dan lagu , jika dipisahkan sumbanglah lagu.
Aku dan kakak selalu bertengkar kerana ingin mengikut kehendak masing-masing . Kita tidak akan berteguh sapa dan berbual tetapi ia hanya untuk seketika.Bagaikan air dicincang tidak akan putus. Kini usia kami sudah mencecah dua puluh tahun. Kami mempunyai kerjaya yang sama ia itu jururawat. Dulu nya kami bercadang untuk mengambil lesen kereta dan motorsikal bersama dan kini kita mempunyai lesen kenderaan juga tanpa diduga kami mempunyai kenderaan sendiri.
Aku masih teringat saat aku begitu gelabah apabila kakakku jatuh sakit. Hidupku sengsara tanpanya, aku rasa diriku didakap resah. Dialah manusia yang aku sayangi selama ini. Mujurlah semuanya baik sahaja, doktor kata dia hanya mengalami jangkitan kuman.
Hari demi hari keadaan kakakku bukan semakin pulih malahan semakin teruk. Aku semakin bimbang akan kesihatannya yang semakin teruk. Hari - hari aku dan kakak akan ke tempat kerja bersama, tetapi hari ini kakak mengambil keputusan untuk ke kerja bersendirian .Aku Cuma mampu menganggukkan kepalaku.
Tiba saja di hospital , hati ku rasa kurang senang . Rasa terlupakan sesuatu , aku terus ke tempat meletak motorsikal lalu aku ternampak seorang wanita terlantar di lantai . Aku cuba menghampirinya. Aku terperanjat, aku lihat wanita serupaku . Aku terus meraung meminta tolong. Airmata mula mengalir, hatiku kini rasa kurang senang. Aku menelefon ibu dan ayah agar mereka segera datang.
Kini masanya telah tiba keputusan kini ditangan doktor. Doktr mengesahkan kakak mengalami penyakit kanker otak. “ Ini yang kakak rahsia kan daripada ku selama ini” bicara hatiku. Doktor menasihatiku agar tabah kerana kakak tidak boleh hidup lama. Badan ku terasa lemah. Aku tidak dapat berdiri tegap kerana hatiku ini tidak larat memikul semua ini. Aku keluar untuk berseorangan diri. Tiba – tiba doktor bergegas masuk ke kamar kakak ku . Aku terpinga-pinga, lalu segera memasuki bilik itu.
Sampai saja aku tak boleh menahan rasa pilu ku , aku menangis . “Kakak sudah tiada sayang “ ujar ibuku. Aku tidak tahu apa yang aku harus buat. Kakakku dimandi dan dikafankan . Tiba masanya untuk dia tidur buat selama nya . Airmata tidak henti – henti mengalir. Aku terperasan wajah kakak ku tersenyum. Adakah dia akan ditempatkan di syurga?
Hidup harus dijalani, kakakku sudah tiada . Hidupku sepi tanpanya. Kini aku ditempatkan di suatu rumah aneh . Ibubapaku tidak lagi sanggup menjagaku kerana karenah ku yang melampaui batas sejak tiada kehadiran kakak disisiku .
copyrighted


welcome ya'll .
LOVE-LIES ;
welcome to our blog darlinkks !
ayysyah and& hachilah here (=
our blog posts will mostly be abt stories that we've written .
some are fictional whereas some are factual , hehehe (:
and& so we hope yyou enjoy yyour stay here ayte love-lies .
takkaires .
COMMENTS ARE WELCOMED!
TAGTAGTAG .
muchLOVE ;
hachilah&ayysyah
P.S. COPYRIGHTEDD ITEMS !
dont kepokepo want to copy .
fuck off (:

PROFILE

Hello, :D
HACHILAH and& AYYSYAH here .
PASIRIANS ,
AUGUST BABIES (:
2008 and& 2208 !
SINGLE
AYYSYAH'S TAGGED .
HACHILAH'S TAGGED .

SPAMMER/RIPPER , PLEASE LEAVE .
LOVE US , ENJOY YYOUR STAY HERE .
HATE US ? THEN FUCK OFF (:



MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com



LINKS

♥ AYYSYAH BBY
♥ LEEYAAHNAA
♥ SYAKAZAKA!
♥ SUSHIL Link Link

TAGBOARD


ShoutMix chat widget


OUR PAST
April 2009
May 2009

Designer: x-JOEY / JOEY.S